KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepaskan konvoi khas Ops Banjir Kesatria Muda bagi menghulurkan sumbangan serta bantuan kepada mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan.
Konvoi inisiatif Pemuda Umno itu, yang berlepas dari pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra, membabitkan 30 kenderaan pacuan empat roda (4×4) dan tiga lori membawa kira-kira 4,000 kotak muatan keperluan harian seperti beras, susu serta air mineral bernilai RM600,000 untuk mangsa banjir.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata 100 sukarelawan Pemuda Umno akan turun padang membantu kira-kira 1,000 sukarelawan di negeri terjejas.
“Walaupun kita berada di Perhimpunan Agung Umno tetapi ia tidak bermakna kita tidak prihatin atau tidak menyalurkan bantuan,” katanya kepada pemberita selepas pelepasan konvoi itu.
Beliau berkata sukarelawan terbabit akan berada di kawasan terjejas sehingga
banjir pulih.
“Sukarelawan juga akan membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka yang terjejas,” katanya. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment