Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 1, 2013

No Comment

PENULIS lirik lagu Awan Nano, Budi Hekayat dalam twitternya menempelak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang isu kenaikan gaji lebih 300 peratus yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Selain giat dalam seni, Budi adalah Ketua Cabang PKR Parit Sulong, Johor.

Antara tweetnya yang menarik menyindir tindakan DUN Selangor itu ialah pesanan supaya penjawat awam Selangor yang menerima bonus setengah bulan menyimpan bonus itu dan berjimatlah.

“Sampai mati pun, tuan-tuan takkan dapat merasa kenaikan gaji 300 peratus,” kata Budi dalam twitternya.

DUN Selangor meluluskan kenaikan itu yang akan berkuatkuasa 1 Januari depan.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250. 



Oleh : KUMBANG WIRA

0 comments:

Post a Comment