Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, December 4, 2013

No Comment

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mempertimbangkan semula jumlah gaji bagi wakil rakyat di negeri tersebut.

Gesaan tersebut mesyuarat bersama pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang membincangkan isu kenaikan gaji yang disifatkan agak tinggi walaupun Selangor mencatatkan perkembangan ekonomi yang sangat baik.

“Kita putuskan untuk minta Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor menimbang semula keputusan yang dibuat.

“Secara terperincinya kita serahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar.

“Secara prinsipnya kita setuju bahawa jumlah ini perlu dikurangkan,” kata Anwar dalam sidang media di Parlimen.

Dewan Undangan Negeri Selangor 27 November lalu meluluskan kenaikan gaji kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari 2014

Khalid ketika membentang rang undang-undang itu berkata, mesyuarat Exco 22 November lalu bersetuju menaikkan kadar gaji berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

Kali terakhir pindaan gaji untuk anggota Dewan Undangan Negeri Selangor dibuat pada 2011. – suarakeadilan.com

0 comments:

Post a Comment