Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, December 4, 2013

No Comment

DEWAN RAKYAT LULUS RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2014 BAGI PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

KUALA LUMPUR — Persidangan Dewan Rakyat hari ini
meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 bagi tujuan perbelanjaan
pembangunan selepas dibahaskan sejak 14 Nov lepas.

Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibacakan buat kali ketiga oleh
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Rang Undang-undang memperuntuk RM46.5 bilion sebagai perbelanjaan
pembangunan kepada dua jabatan dan 22 kementerian termasuk Kementerian Kewangan,
Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pendidikan dan
Kementerian Kesihatan.

Turut menerima peruntukan itu ialah Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber
Manusia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam juga antara yang
menerima peruntukan itu.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment