Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 13, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendedahkan ada majikan di negara ini menipu pekerja dengan mencampurkan bayaran elaun dan kerja lebih masa bersama-sama gaji pokok untuk memenuhi peruntukan gaji minimum RM900.

Naib Presidennya A. Balasubramaniam berkata kajian MTUC itu juga mendapati banyak syarikat, terutama syarikat kecil, membayar kurang daripada RM900 sebulan termasuk elaun.

Sehubungan itu MTUC mencadangkan Kementerian Sumber Manusia menubuhkan jawatankuasa membabitkan tiga pihak iaitu kerajaan, majikan dan pekerja di semua 72 pejabat tenaga kerja bagi memantau pelaksanaan dasar yang dikuat kuasa 1 Jan lalu, katanya kepada Bernama di sini.

Jawatankuasa itu juga katanya perlu berperanan sebagai pusat sehenti untuk menyelesaikan aduan pekerja tempatan dan asing.

Menteri berkenaan Datuk Richard Riot sebelum ini dilapor berkata pelaksanaan gaji minimum iaitu RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 bagi Sabah, Labuan dan Sarawak, akan dilaksana sepenuhnya bermula 1 Jan depan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment