Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 13, 2013

No Comment

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di 10 pusat pemindahan di tiga daerah di Terenggnau pagi ini kekal seperti malam tadi iaitu seramai 784 orang daripada 190 keluarga.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), ini susulan tidak ada perkembangan baharu atau mangsa pulang ke rumah sejak malam tadi sehingga 9 pagi ini.

Tiga daerah masih terjejas banjir di Terengganu ialah Dungun dengan seramai 413 mangsa dari 10 keluarga berada di pusat pemindahan, Kemaman 349 orang (80 keluarga) dan Marang 22 orang (8 keluarga).

Sebanyak 10 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu lima di Dungun, empat di Kemaman dan satu di Marang iaitu di Sekolah Kebangsaan, Pasir Putih.

Pusat pemindahan antaranya bangunan sekolah, balai raya dan dewan orang ramai.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu melaporkan paras air sungai di beberapa batang sungai utama yang meningkat melebihi paras bahaya sebelum ini, berada di paras berjaga-jaga pagi ini.

Sementara di PAHANG, jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan kepada 5,498 berbanding 5,539 orang yang direkodkan malam tadi.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 8 pagi ini, kesemua mangsa banjir daripada 1,384 keluarga ditempatkan di 63 pusat pemindahan dari 53 penempatan di enam daerah yang terjejas banjir.

Daerah Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,879 orang di 39 pusat pemindahan, disusuli Kuantan (731 orang di empat pusat pemindahan), Maran 724 orang (13 pusat), Bera 103 orang di empat pusat, Temerloh 48 orang (dua pusat) dan Rompin 13 orang di sebuah pusat pemindahan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment