Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, December 4, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR — Banjir yang kini melanda Kemaman,
Terengganu meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditemui
lemas dalam kejadian di Kampung Padang Kubu, Kijal semalam.

Menurut Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, beliau
turut dimaklumkan seorang kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam kejadian air
pasang besar, juga di Kijal.

Berdasarkan laporan Bilik Gerakan Banjir daerah Kemaman, lebih 1,000 mangsa
daripada 483 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir, kata Ahmad
Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, kepada pemberita di sini
hari ini.

Katanya Jabatan Penerangan telah dikerah ke semua kawasan terjejas bagi
memastikan mangsa mendapat maklumat terkini berhubung bencana banjir di kawasan
masing-masing.

Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara sudah membuat persediaan rapi
dengan menghantar bekalan dan bantuan awal ke kawasan yang dikhuatiri akan
terjejas banjir.

Selain Terengganu, banjir turut melanda Johor yang membabitkan 4,765 mangsa
setakat ini dan Pahang dengan kira-kira 5,000 mangsa.  — BERNAMA

0 comments:

Post a Comment