Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 13, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Sekretariat Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) menyediakan seramai 200 sukarelawan untuk memberi bantuan kepada masyarakat FELDA yang terjejas akibat bencana banjir.

Timbalan Pengerusi GWGF, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, seramai 200 sukarelawan itu merupakan anggota Gerakan Skuad Khas Bencana Alam GWGF.

“Skuad ini bersedia menjalankan gerak kerja membantu mangsa banjir dari segi pembersihan kawasan awam, rumah peneroka serta kawasan yang terlibat dengan bencana tersebut.

“Selain membersihkan kawasan yang terjejas, skuad ini turut menyediakan tenaga kerja bagi membantu membaikpulih kerosakan yang melibatkan peralatan elektrik dan kerosakan rumah berskala kecil,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Abdullah turut memaklumkan, GWGF bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi melaksanakan program seperti itu di kawasan FELDA yang terjejas dengan bencana banjir.

Jelasnya, program itu merupakan satu aktiviti kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat GWGF kepada masyarakat FELDA yang memerlukan bantuan.

“Bantuan selepas banjir ini adalah salah satu usaha GWGF dalam membantu masyarakat FELDA meringankan bebanan yang dihadapi selepas banjir,” katanya.

0 comments:

Post a Comment