Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 6, 2013

No Comment

Empat hari lalu, kematian tragis tiga beradik berusia 14, 12 dan 3 tahun di Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, Kedah telah menggemparkan negara.

Ketiga-tiga beradik termasuk yang sulung, Noor Syafikah Nadia Rusdi, ditemui mati lemas di dua lokasi berbeza termasuk tali air di Alor Senibong.

Susulan itu, teman lelaki Syafikah berusia 16 tahun telah ditahan polis di Arau, Perlis bagi membantu siasatan. Bagaimanapun selepas reman empat hari berakhir, remaja lelaki terbabit telah dibebaskan.

Ini bermakna, pihak polis memerlukan petunjuk baru bagi menyelesaikan misteri di sebalik misteri kematian tragis ini.

Mengulas perkara ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ”Berilah kami masa, InsyaAllah saya percaya kes ini akan dapat diselesaikan.”

Pada masa sama, pihak polis dipercayai sedang menanti keputusan laporan kimia ke atas spesimen yang diambil daripada ketiga-tiga mangsa yang dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim sebelum ini mengeluarkan kenyataan, kes kematian ketiga-tiga beradik ini bukan kematian biasa kerana jika kes lemas, adalah mustahil untuk mayat adik Nur Syafikah hanyut dari tali air Senibong ke tali air Kg Padang Pusing yang tidak bersambung satu sama lain.

Apa pun, semoga pihak yang bertanggung jawab atas kematian kanak-kanak ini akan segera ditemui dan dibicarakan atas kekejaman yang dilakukannya. – REM RAMZI

Sumber: Astro Awani, Harian Metro

0 comments:

Post a Comment