Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

YANGON – Trio menembak negara bagi acara 10m Air Pistol Wanita sekadar membidik pingat perak bagi acara berpasukan pada temasya Sukan SEA ke-27 Myanmar hari ini.

Di Lapang Sasar Menembak North Dagon, gandingan Bibiana Ng, Joseline Cheah dan Wahidah Ismail terpaksa berpuas hati dengan bidikan 1,111 mata.

Trio Vietnam yang terdiri daripada Le Thi Hoang Ngoc, Nguyen Minh Chau dan Trieu Thi Hoa Hong meraih emas dengan bidikan 1,118 mata, manakala gangsa diraih oleh Teh Xiu Hong, Teo Shun Xie dan Teh Xiu Yi dari Singapura dengan jumlah bidikan 1,109 mata.

Walaupun terlepas sasaran pingat emas, penembak senior Bibiana berkata beliau tetap berpuas hati dengan pencapaian mereka yang tetap meraih pingat buat kontinjen negara.

“Kita hampir meraih pingat emas, tapi saya tetap berpuas hati, cuma dalam acara individu bidikan saya kurang baik hari ini. Saya ada satu lagi acara dalam 25m Pistol, saya akan cuba memberikan keputusan yang lebih baik buatnegara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagi acara 10m Pistol Wanita Individu, Bibiana dan Joseline sekadar menduduki kedudukan keenam dan ketujuh, masing-masing dengan jumlah bidikan 116.0 mata 93.4 mata.

Pingat emas dimenangi Nguyen Minch Chau dari Vietnam dengan bidikan 195.6 mata manakala pingat perak diraih atlet Singapura, Teo Shun Xie dengan 194.6 mata dan gangsa menjadi milik Le Thi Hoang Ngoac dari Vietnam dengan 174.8 mata.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment