Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Anggota DAP yang menerima surat saman RM10 juta daripada anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok, hari ini mengemukakan dokumen yang didakwa bukti penyelewengan Kok kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya ke sini (pejabat SPRM) untuk memberi bukti kepada SPRM berhubung (dakwaan) penyelewengan tersebut selain untuk membersihkan nama saya,” kata Danny Leong Eng Tiom kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen tersebut di pejabat SPRM di sini.

Bekas pembantu peribadi Kok, Tony Tan turut mengemukakan dokumen yang didakwa bukti mengenai penjualan ‘patung kung fu’ menjelang PRU13 oleh bekas majikannya itu untuk tujuan dana DAP.

Leong menerima surat saman itu baru-baru ini kerana mempersoalkan dana kutipan untuk kempen DAP pada PRU13 lepas berjumlah RM186,000 didakwa diseleweng oleh Kok.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao yang turut hadir  mendakwa pihaknya mempunyai 10 lagi bukti penyelewengan dilakukan oleh lima pemimpin PKR dan lima pemimpin DAP.

“Kita masih mengumpulkan bukti yang betul-betul lengkap sebab mereka (PKR dan DAP) boleh ‘spin’ jika kita beri bukti yang tidak lengkap kepada SPRM,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment