Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan melaksanakan Ops Gempur Aedes di Pangsapuri Seri Nilam, Ampang di sini pada 11 Februari ini.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu kenyataan media memberitahu, operasi itu susulan daripada kejadian kes dan wabak denggi yang tinggi dan berulang-ulang di kawasan tersebut.

“Ops Gempur Aedes di Pangsapuri Seri Nilam itu akan diadakan bermula pukul 8 pagi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Ops Gempur Aedes di Pangsapuri Seri Nilam itu turut melibatkan anggota Unit Vektor MPAJ dan dari daerah lain di Selangor.

0 comments:

Post a Comment