Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

TIMBALAN Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abdul Hamid meminta Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tan Sri Khalid Ibrahim ‘cermin diri’ sebelum memintanya melepaskan jawatan dalam MTUC.

Menurut beliau, jawatan yang diperolehnya itu sangat berbeza dengan Khalid.

Ahli Parlimen PKR Kuala Langat itu sekali lagi bertegas, Khalid lebih patut melepaskan jawatannya selaku pengerusi PKNS ekoran kegagalannya mentadbir perbadanan itui.

“Dia cakap begitu (cabar lepas jawatan) pada saya? Tolong cermin sedikit diri Khalid…saya dapat jawatan itu sebab saya dipilih oleh 620,000 orang, saya dipilih.

“Bukan macam dia, dia dapat jwatan itu sebab dia dilantik atas kapasiti sebagai seorang Menteri Besar, kalau tidak haram orang nak pilih dia sebagai Pengerusi PKNS, tolong cermin diri sedikit lah Khalid,” katanya kepada bnbbc.my.

Abdullah menghamburkan kemarahannya itu ketika diminta mengulas cabaran Khalid supaya beliau melepaskan jawatan dalam MTUC.

Khalid pada Sabtu ketika menghadiri Majis Sambutan Tahun Baru Cina PKR Bandar Tun Razak meminta Abdullah Sani untuk melepaskan jawatannya di dalam kongres berkenaan.

Ini kerana dalam pendapat Khalid, Abdullah Sani dilihat hanya memperjuangkan pekerja kelas atasan tanpa membela nasib pekerja kelas bawahan.

Abdullah sebelum ini lantang mengkritik Khalid dalam isu pengguguran Azmin Ali dan pemecatan lebih 20 pegawai dan kakitangan anak syarikat PKNS baru-baru ini.

Abdullah Sani menyifatkan Khalid kejam kerana memecat pegawai dan pekerja anak syarikat PKNS baru-baru ini.

“Abdullah patut ditukar juga, Tetapi dari segi itu ia menunjukkan bahawa adakah tumpunan MTUC kepada buruh-buruh seluruh negara ataupun segelintir eksekutif yang mendapat gaji lumayan dari apa yang didapati oleh buruh-buruh.

“Sebab mereka (yang dipecat) bukan pekerja buruh. Saya hairan mengapa MTUC boleh mengambil kira tentang pekerja-pekerja yang gajinya ialah (sama seperti) tokey MTUC. Jadi tidak boleh. Pekerja-pekerja buruh ada tanggungjawab, mereka ini ada tanggungjawab yang lain,” kata Khalid,

Menjawab kepada dakwaan tersebut, Abdullah dengan tegas berkata bahawa sebagai seorang yang mempunyai tanggungjawab dalam MTUC, pihaknya tidak pernah memilih bulu dalam memperjuangkan hak pekerja di seluruh Malaysia.

“Saya mempertahankan hak 11.2 juta pekerja dari seluruh Malaysia. Saya membela dari tukang sapu sehingga Ketua Ekseutif (CEO) sekali pun dan saya tidak pernah membeza-bezakan layanan.

“Itu bezanya saya dengan dia, cakap pada dia I’m being lected, dan he is being appointed, itu memberikan gambaran perbezaan yang besar dalam hal ini,” katanya lagi.

Abdullah sebelum ini mendesak Abdul Khalid meletak jawatan berikutan pemecatan 23 orang kakitangan PKNS yang disifatkannya sangat kejam dan tidak mempunyai hati dan perasaan.

Pemecatan mereka jelas Abdullah telah melanggar undang-undang Akta Kerja 1955 yang menghalang sebarang tindakan yang bertentangan dengan pelanggaran kontrak. -bnbbc.my

0 comments:

Post a Comment