Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

Jika sebelum ini terdengar ura-ura mengatakan pelakon utama Pitch Perfect, Anna Kendrick tidak akan membintangi sekuel filem tersebut, namun baru-baru ini Anna mengakui sudah pun menandatangani kontrak terbarunya itu.

Menurut Justjared, pelakon berusia 28 tahun itu mengatakan dia sangat teruja untuk kembali ke set Pitch Perfect 2 walaupun masih lagi belum menerima skripnya lagi.

Menurutnya lagi, filem kedua tersebut mungkin bukan berunsurkan tema muzikal yang sama seperti yang diketengahkan pada filem sebelumnya.


Yang pastinya, sebilangan besar pelakon terdahulunya seperti watak Fat Amy lakonan pelakon Australia, Rebel Wilson akan dikekalkan untuk memastikan kesinambungan cerita tersebut.

Pitch Perfect yang ditayangkan pada 2012 mengisahkan sekumpulan pelajar wanita Universiti Barden, yang menyertai kumpulan acapella yang sering dipandang rendah atau dilabel ‘underdog’ oleh pihak lawan mereka, sehingga satu hari mereka berjaya mencipta kejayaan tersendiri yang berjaya menutup mulut pengkritik mereka selama ini.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment