Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

Kebiasaannya ketika majlis tayangan perdana sesebuah filem, pastinya ramai yang ternanti-nantikan fesyen gaun malam yang bakal digayakan artis-artis ternama Hollywood.

Namun, kali ini pelakon lelaki yang popular dengan siri filem Transformers, Shia LaBeouf mencuri tumpuan lensa kamera dengan penampilan uniknya pada majlis tayangan perdana filem terbaru lakonannya, Nymphomaniac di Berlin, Jerman, semalam.

Pelakon berusia 27 tahun itu mengenakan beg kertas yang menutupi keseluruhan mukanya yang tertulis ‘i am not famous anymore’.


Ternyata kelainan yang ditampilkannya itu mendapat perhatian ramai peminat dan paparazzi di luar sana.

Antara yang hadir pada majlis itu adalah rakan pelakon filem tersebut iaitu Uma Thurman, Christian Slater, Stellan Skarsgard dan Stacy Martin.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment