Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 9, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Atlet pecut kebangsaan Harith Ammar Mohd Sobri menambah koleksi pingat emas kedua dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014 menerusi acara olahraga 200 meter lelaki.

Harith Ammar yang mewakili Universiti Malaya mengungguli acara 200m di Stadium Arena Universiti Malaya di sini dengan catatan masa 22.26 saat, menewaskan Mohamad Afif Zulhusmi Alet dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tempat kedua dengan 22.44s manakala pingat gangsa pula oleh Mohd Shahmimi Azmi dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dengan catatan 22.66s.

Harith Ammar merupakan pemenang pingat emas dalam acara 100m.

“Secara keseluruhan catatan masa saya tidak begitu bagus, mungkin sebab final diadakan pada sebelah pagi, selalunya sebelah petang…jadi menganggu larian hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Harith Ammar juga merupakan pemenang pingat perak bagi acara 200m pada Sukan SEA Myanmar 2013 bertekad untuk memperbaiki prestasinya dalam setiap kejohanan tahun ini untuk layak beraksi dalam Sukan Komanwel pada 27 Julai hingga 2 Ogos di Scotland dan Sukan Asia pada 19 Sept hingga 4 Okt di Incheon, Korea Selatan.

“Sasaran saya memang mahu bersaing pada temasya yang lebih kompetetif, memang berhasrat untuk sertai Sukan Asia atau Sukan Komanwel pada tahun ini, tetapi masih banyak yang perlu saya perbaiki,” katanya.

Secara keseluruhan Universiti Putra Malaysia (UPM) mendominasi acara olahraga yang menutup tirainya hari ini dengan 12 pingat emas, lapan pingat perak dan sembilan pingat gangsa.

UiTM di tempat kedua dengan tujuh pingat emas dan tujuh pingat perak serta dua pingat gangsa diikuti Universiti Malaysia Perlis (Unimap) meraih tujuh pingat emas, tiga pingat perak dan lima pingat gangsa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment