Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 19, 2014

No Comment

HASRAT seorang penyanyi veteran Herman Tino untuk bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang 23 Mac depan tidak mendapat resti isterinya sendiri, bekas personaliti radio Noraini Ibnu.

Beliau yang kini Ketua Unit Penerbitan Radio RTM berharap Herman tidak meneruskan hasratnya untuk bertanding kerana bimbang akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat.

“Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk ‘melayan’ perkara-perkara politik macam itu.

“Saya tidak suka dia ‘membakar diri’ dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli.

“Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula,” katanya merujuk laporan Mstar Online.

Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 60, menyatakan minat untuk bertanding pada PRK itu selepas memperkenalkan hashtag #Herman4Kajang di Twitter miliknya untuk melihat reaksi orang ramai mengenai hasratnya itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Yale Yale dan Pelita Dalam Kabus itu adalah antara lima calon yang setakat ini telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN berkenaan.

Herman sebelum ini pernah mencuba nasibnya bertanding atas tiket Bebas menerusi kerusi Parlimen Tanjong Karang pada PRU13  dan tewas di tangan calon Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Noh Omar.

Penyanyi itu memperoleh deposit RM10,000 untuk bertanding kerusi tersebut selepas dua rakannya menggadai dua buah kereta.

Sementara itu, Noraini menambah, dia lebih senang jika Herman kekal dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan tidak kisah sekiranya pendapatan yang diperoleh sekadar cukup makan sahaja.

“Saya tidak suka tertekan dengan situasi sebegini dan berharap tidak perlu untuk berselisih faham dengan perkara yang saya tidak suka.

“Tolonglah Encik Herman, jangan susahkan orang Kajang dan kawan-kawan,” katanya.

Sementara itu menerusi tweethandle @herman4kajang, beliau melabelkan politik yang diamalkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Pesona Palsu’ kepada rakyat.


Manakala politik atau cabaran yang bakal dibawa oleh beliau ialah ‘Politik Damai’.

“Politik Damai’Lawan ‘Pesona Palsu’, siapa pilihan anak Kajang.

“Anak Kajang dan anak Selangor, mari berpakat cari pemimpin yang pandai, bukannya memandai-mandai,” katanya melalui twitter baru-baru ini.

Ada satu tweet dari Herman merujuk kepada perasaan marah dan geramnya malahan tweet itu sendiri membawa maksud yang sangat dalam dibuat pada Isnin lepas.


“Andai aku tertikam luka parah oleh para pendekar politik, biarkan aku menggelupur jangan ditolong. Saksikanlah saat mati ku perlahan-lahan,” kata Herman. – IBNU K

0 comments:

Post a Comment