Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 19, 2014

No Comment


PUSAT Khidmat Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menjadi mangsa simbahan cat merah dan bangkai seekor ayam diletakkan di hadapan pintu masuk ke pejabatnya.

Kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu selepas beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO membuat tawaran akan memberikan ganjaran kepada sesiapa yang berani menampar Teresa.

Teresa menerima makluman mengenai kejadian itu melalui pihak pengurusan bangunan pejabatnya pada pukul 9.20 pagi tadi.

“Mereka menghubungi saya sebaik sahaja terlihat apa yang telah berlaku di pejabat saya ini,” kata Teresa.

Beberapa NGO Islam dengan tegas mengkritik Teresa ekoran penghasilan video kontroversi ‘Onderful Malaysia’ dan menawarkan ganjaran bernilai RM1,200 untuk perbuatan menampar Teresa itu.

Pada satu protes dua minggu lepas, beberapa NGO berkenaan turut menyembelih dua ekor ayan dan mencurahkan darah ayam itu di atas kain rentang yang memaparkan wajah Teresa, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk dari PKR Lee Khai Loon.

Lee dikritik kerana didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu berkaitan isu sayur kangkung.

Ketika itu, Teresa dan enam individu lain membuat laporan polis ke atas peserta protes tetapi menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi, tamparan bukan satu jenis ugutan.

Sebagai seorang ahli politik, Teresa semestinya sudah menjangkakan perkara ini bakal dihadapinya memandangkan beliau berada dalam lingkungan majoriti umat Islam yang sudah mula marah kepadanya.

Adakah Teresa sengaja mencetuskan kemarahan itu seterusnya ia akan menggugat kestabilan dan keharmonian kaum di negara ini. – KUMBANG WIRA

0 comments:

Post a Comment