Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment
Industri kreatif menjadi sektor terpenting dalam tranformasi ekonomi negara, namun pengisian filem dan drama tempatan didakwa segelintir pihak ketandusan nilai seni.

Pada waktu sama, hala tuju filem tempatan sukar diramalkan gara-gara kutipan tiket di pawagam tidak memberangsangkan mutakhir ini, sementara penghasilan drama pula masih mencari-cari identiti kerana sering akur dengan tuntutan komersial dan cita rasa penonton.

Jika sebelum ini Soal Jawab sering mengutarakan isu hangat terutama berkaitan arus politik tanah air, tetapi awal 2014 ini program bual bicara TV3 itu menampakkan perubahan apabila turut memberi tumpuan pada dunia hiburan tempatan untuk dibicarakan dan dikupas secara lebih serius.

Dikendalikan Norzie Pa’Wan Chik dan Izwan Azir Saleh, Soal Jawab bertajuk Drama Dan Filem Tempatan Dari Mana Hendak Ke Mana me­ngundang panel terdiri daripada Pengarah juga Produser Excellent Pictures, Ahmad Idham Nadzri; Ketua Program Pe­ngajian Pasca-Siswazah Kerusi P Ramlee (Aswara) juga Aktivis Teater, Prof Madya Dr Rohani Md Yousoff dan Pengarang Rencana Metro Ahad juga Penganalisis Hiburan, Adam Salleh.


Ketika ditanya Izwan hala tuju filem atau penerbitan drama Malaysia ini, ke Barat pun tidak, ke Malaysia pun tidak, Idham mengakui dia pun keliru.

0 comments:

Post a Comment