Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 9, 2014

No Comment

Pelakon berkarektor, Zahiril Adzim mengakui sukar baginya untuk menemui sebarang naskhah yang berkualiti, namun disebabkan lakonan merupakan sumber utama rezekinya sekeluarga, dia tidak boleh bersikap terlalu cerewet mengenai perkara tersebut.

Memetik laporan Bi-Pop hari ini, suami Shera Aiyob ini mengatakan, “kebanyakan skrip yang datang tidak dibangunkan dengan kemas, seolah-olah disiapkan dengan tergesa-gesa hingga membelakangkan aspek kualiti”.

“Sebagai pelakon, saya tiada pliihan kerana jika terlalu memilih akna kehilangan sumber pendapatan. Dalam hal ini, kreativiti pelakon memainkan peranan penting,” katanya.

Bapa kepada Nadi Anaqi ini juga mengatakan sebagai seorang pelakon dia juga perlu menjaga kualiti kerja kerana kebanyakan penonton kini gemar menilai persembahan pelakon yang ditontonnya.

Kalau diimbas kembali watak Zahiril yang paling berkesan dan diingati penonton pastinya lakonannya dalam filem arahan Dain Said berjudul Bunuhan dan watak gelapnya, Boy dalam filem KAMI The Movie.

Tak mengapalah Zahiril, pelan-pelan kayuh, tak pun awak je yang menulis skrip, mana tahu tup-tup naskhah Zahiril pula boleh jadi boom!

Yelah, Zahiril pun memang dikenali seorang yang sangat pandai bermain madah dan kata-kata indah seperti yang dikongsikan di laman blognya sebelum ini.

Tak gitu?

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment