Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara secara keseluruhannya baik dengan hanya 11 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat pukul 10 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana ialah Kota Tinggi, Johor (52), Pelabuhan Klang, Selangor (75), Cheras, Kuala Lumpur (51) dan Sungai Petani, Kedah (52).

Sementara itu, 39 kawasan merekodkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment