Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 16, 2014

No Comment

PADANG BESAR – Unit Pencegah Penyeludupan Perlis menahan dua lelaki dalam kes berasingan yang cuba menyeludup keseluruhan 4,380 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi ke negara jiran.

Komander UPP Perlis, Deputi Superitendan Syed Basri Syed Ali berkata seorang daripadanya yang memandu sebuah lori ditahan di sekatan jalan raya di Km 27, Jalan Padang Besar-Kangar kira-kira pukul 3.20 petang semalam.

Beliau berkata lori itu didapati membawa 250 kotak mengandungi 4,250 paket minyak masak seberat satu kg setiap paket yang keselurhan bernilai RM11,900.

“Kotak-kotak yang berisii minyak berkenaan ditimbun pula dengan kotak berisi buah kismis,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Lori itu turut ditahan.

Sementara itu seorang peniaga runcit dari Kuala Perlis ditahan di kawasan Arked Niaga Wang Kelian di kawasan sempadan kira-kira 7.30 pagi tadi dan ditemui 450 kg minyak masak dan 120 bungkus tepung gandum yang kesemuanya bernilai lebih RM1,200 di dalam keretanya.

Kereta itu telah disita.

Syed Basri berkata minyak masak berharga RM2.60 satu kg di Malaysia berbanding RM4.60 di Thailand.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment