KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita 11 gerai haram milik warga asing dalam satu operasi di pasar pagi Jalan Papan, Pandamaran di sini baru-baru ini.
Yang Dipertua MPK, Datuk Mohammad Yacob berkata, operasi itu bertujuan membasmi perniagaan haram warga asing di kawasan tersebut.
“Operasi selama dua hari berturut-turut itu berikutan aduan serta rungutan orang ramai terhadap aktiviti gerai tersebut yang menyebabkan kesesakan lalu lintas serta mencacatkan pemandangan.
“Kesemua gerai milik warga asing itu disita kerana tidak mempunyai lesen penjaja dan ada antara peniaga berkenaan sempat melarikan diri ketika serbuan dilakukan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohammad menjelaskan, warga asing sama sekali tidak dibenarkan berniaga kerana mereka tidak layak untuk memohon mana-mana lesen menjaja.
“Jika mana-mana warga asing yang menjalankan aktiviti ini, MPK akan terus menyita gerai mereka tanpa mengeluarkan notis terlebih dahulu. Mereka perlu maklum dengan peraturan kita,” tegasnya.
Sumber: My News Hub
0 comments:
Post a Comment