Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

Penyanyi dan pelakon Akim Ahmad meluahkan rasa sedih kerana sudah dua tahun tidak mendapat apa-apa tawaran untuk beraksi dengan pihak produksi sebuah stesen televisyen.

Bercakap kepada sebuah portal, pemilik nama sebenar Afiq Hakim Ahmad, 23, tidak menolak ini berkemungkinan pihak stesen tv berkenaan lebih mementingkan artis lain untuk menjayakan sesebuah program televisyen mahupun drama mereka.

“Kalau nak tahu, sudah hampir dua tahun saya tak terlibat dengan produksi untuk stesen TV itu. Mungkin saya bukan artis kesukaan mereka? Apa nak buat…” katanya seperti yang dilaporkan portal tersebut.

Bagaimanapun tambah Akim, perkara itu tidak menjejaskan semangatnya untuk mengembangkan kerjaya di bidang lakonan dan nyanyian kerana dia percaya masih ada pihak yang lagi mempercayai bakatnya.

Sementara itu, selepas terlibat dengan beberapa drama yang antaranya seperti ‘Kampung Girl’ dan ‘Mencari Ramli’ di stesen TV3, Akim merancang untuk berehat dalam lakonan dan memberikan fokus semula dengan kerja nyanyiannya pula.

Terbaharu, Akim menubuhkan sebuah kumpulan band Akim & The Magistreet dengan sebuah single lagu berjudul ‘Mewangi’.

Dalam perkembangan lain, Akim bakal terlibat dengan persembahan ‘showcase’ Hafiz & Friends bersama-sama dengan rakan seperjuangannya, Hafiz dan Hazama.

Sumber: Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment