Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 27, 2014

No Comment

Penyanyi dan pelakon popular, Awie memang terkenal dengan gaya lagak samsengnya namun jangan tak tahu sebenarnya Awie memang agak nakal ketika di zaman persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang, Kuala Lumpur dari 1981 hingga 1985.

Mengimbau kembali zaman silam Awie, 46, atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, seorang rakan baik Awie, Izhar Yahaya atau Snake mengakui kumpulan mereka agak nakal dan ketika di tingkatan lima mereka sudah mula menghisap rokok termasuk ponteng sekolah.

Selain itu, mereka juga kerap terbabit dengan pergaduhan dengan pelajar dari sekolah lain.

“Setiap hari Jumaat, kami selalu lepak di pasar malam Taman Balak dekat Keramat. Di situ kami selalu bergaduh dengan kumpulan remaja lain yagn tinggal di kawasan tu”.

“Setiap kali ada pergaduhan Awie jarang melarikan diri. Dia memang berjiwa kental dan sebab itu saya dengannya dulu,” katanya memetik Harian Metro. 

Wah, muda-muda dah tunjuk samseng dah Awie, tapi itu mungkin karakternya yang terdahulu dan yang penting sekarang Awie sudah pun mengecapi kejayaan tersendiri dengan mencipta nama sebagai salah seorang rocker terhebat dalam industri hiburan tanah air.



Sumber: Audre Lee / My News Hub

0 comments:

Post a Comment