Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 27, 2014

No Comment

KANGAR – Md Izzuddin Irfan Md Faizal membuat kejutan apabila menyumbang emas pertama kepada Brunei Darussalam bagi sukan karate-do, Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 yang menutup tirainya hari ini di Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.

Pemuda berusia 19 tahun itu cemerlang menewaskan Julius Goh dari Johor dengan mata 9-2 pada aksi final bagi kategori lebih 84kg, manakala pingat gangsa dikongsi oleh V. Devaraj dari Wilayah Persekutuan dan atlet Negeri Sembilan P. Navin.

“Terima kasih kepada pasukan dan jurulatih yang membantu serta menyokong saya dalam Sukma kali ini. Saya sangat teruja dapat menyumbangkan pingat emas pertama buat Brunei pada penampilan pertama saya di Sukma.

“Saya juga berharap atlet Brunei yang lain tidak mudah putus asa untuk membuat kejutan di Sukma kali ini. Mereka perlu yakin dan lebih berkerja keras lagi,” kata Md Izzudin kepada pemberita.

Atlet yang baharu sahaja menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara, Brunei itu berkata beliau mula aktif dalam karate-do pada peghujung 2012.

Dalam pada itu Pulau Pinang muncul juara keseluruhan bagi sukan karate-do dengan pungutan lapan pingat emas, satu pingat perak dan lima gangsa pada Sukma kali ini.

Bagi pemenang pingat emas acara bawah 84kg Chew Han Tiong, semangat berpasukan mendorong pasukannya lebih cemerlang dan konsisten dalam
setiap acara yang dipertandingkan.

Chew meraih pingat emas dengan menewaskan pencabarnya R. Navindran dalam  satu lagi aksi final dengan mata 6-0. Pingat gangsacdikongsi oleh AB Burrahman Adha Jamaludin dari  Terengganu dan S.Manesh dari Negeri Sembilan.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment