Laman web Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah pun memaparkan laporan data dari satelit Inmarsat yang digunakan pakar penyiasat untuk mengesan laluan penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lepas.
Laporan tersebut merupakan data dengan beberapa maklumat isyarat satelit setebal 47 muka surat didedahkan kepada umum seperti yang dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa ia akan dibentangkan kepada orang ramai.
Menurut kenyataan DCA, Hishammuddin telah mengarahkan DCA untuk berbincang dengan syarikat Inmarsat untuk mendedahkan data berkenaan untuk pengetahuan orang ramai.
“Inmarsat dan DCA telah bekerjasama dalam menyediakan data berkenaan untuk didedahkan dari aspen bacaan log dan juga penjelasan berkenaan aspek teknikal data berkenaan,” kata kenyataan DCA di laman web www.dca.gov.my.
Menurut kenyataan itu, log yang disertakan berserta nota penjelasan berkenaan pesawat MH370 yang bernombor pendaftaran 9M-MRO disediakan oleh syarikat Inmarsat.
Pesawat MH370 hilang sejak 8 Mac lepas dalam penerbangan ke Beijing, China dengan membawa bersama 239 penumpang termasuk anak kapal.
Hasil analisis ke atas data berkenaan, pesawat itu telah dikenalpasti berada di selatan Lautan Hindi di mana ia telah menamatkan penerbangannya di kawasan lautan terpencil itu.
Pengumuman lokasi akhir pesawat MH370 itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sumber: Motour / Ibnu Khusairy Aris / My News Hub
0 comments:
Post a Comment