Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) diminta memberi keutamaan kepada pemain-pemain pelapis dalam pasukan negara menyertai kejohanan-kejohanan utama untuk membawa cabaran negara di persada antarabangsa.

Selain itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Malaysia (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong juga mahu kedudukan pemain-pemain senior dalam pasukan utama dikaji semula.

“Pemain-pemain muda seperti Misbun Ramdan Misbun, Lee Soon Huat dan beberapa lagi perlu diberi pendedahan bertanding di peringkat tinggi atau negara akan ketandusan pemain untuk membawa cabaran kejohanan bertaraf dunia,” katanya.

Zolkples, ketika ditemui pada majlis perasmian Perkampungan Sukan Malaysia XVII (Sukma-17) di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini, berkata kekalahan Malaysia kepada Jepun pada perlawanan akhir Piala Thomas di New Delhi, India semalam membuktikan negara memerlukan barisan pelapis yang mantap.

Perkampungan Sukma XVII dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man. Temasya dwi tahunan ini dijadual dirasmikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, malam ini.

Zolkples berkata beliau amat yakin peminat badminton di seluruh kecewa dengan kekalahan itu namun para pemain wajar menerima penghargaan dan tahniah atas persembahan terbaik mereka.

“Nasib mungkin tidak sebelah kita. Selain beberapa pemain bermain di luar kemampuan, mereka juga mungkin tertekan kerana terlalu menghormati kemampuan Jepun yang menewaskan China antara punca mereka tewas,” katanya.

Dalam perlawanan final Piala Thomas itu, Malaysia kalah perseorangan ketiga untuk menentukan juara selepas kedudukan terikat 2-2.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment