Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pasukan Bertindak Badan Pemantau Jenayah (MyWatch) mendakwa menerima aduan berhubung perbuatan seorang pegawai kanan polis di Langkawi, Kedah melindungi beberapa pusat hiburan di kawasan tersebut.

Pengerusinya, R.Sri Sanjeevan mendakwa, pegawai kanan polis tersebut melindungi dua pusat hiburan tidak berlesen daripada dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

“MyWatch menerima aduan individu yang mahu identitinya dirahsiakan. MyWatch mendesak pihak polis menyiasat aduan ini. yWatch turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat,” katanya melalui satu kenyataan media.

Sri Sanjeevan turut mencadangkan sebuah pasukan khas diwujudkan oleh pihak berkuasa untuk menyiasat rasuah dan salah laku pegawai kanan polis berkenaan.

Katanya, MyWatch sedia memberi kerjasama kepada pasukan khas itu sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.

Malah, dakwanya, individu yang membuat aduan itu juga sedia memberi bekerjasama kepada SPRM untuk maklumat lebih terperinci.

Sumber: My News HUB

0 comments:

Post a Comment