Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik resort di Besut, masing-masing didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengendalikan sistem loji rawatan kumbahan persendirian tanpa lesen, tiga tahun lalu.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan Ghazali Hashim, 61, dan isterinya Ramlah Faridah, 58, menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Ghazali, bekas timbalan pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu dan isterinya mengaku salah tidak memiliki Lesen Kelas bagi tujuan pemilikan suatu sistem pembentungan persendirian atau mana-mana bahagian sistem pembentungan persendirian di resort mereka seperti dikehendaki mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) pada 6 Jun, 2011.

Ghazali turut menghadapi satu lagi pertuduhan bersama-sama anaknya Mohd Izudin, 30, yang menjalankan perniagaan perkongsian, tidak memiliki Lesen Kelas bagi tujuan menyediakan perkhidmatan pembentungan di tempat sama.

Bagi kesalahan itu, Ghazali didenda RM9,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, Mohd Izudin gagal menghadiri prosiding mahkamah hari ini kerana bekerja di luar pesisir pantai dan mahkamah menetapkan 25 Jun untuk sebutan semula kesnya.

Kedua-dua pertuduhan adalah mengikut Seksyen 20(4) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Ghazali dan isterinya membayar denda masing-masing.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) S. Thilaga.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment