Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

eBay Inc. hari ini membuat pengumuman rasmi melalui laman mereka, meminta untuk para pengguna mereka mengubah kata laluan untuk akaun mereka. Perkara ini adalah disebabkan perkhidmatan mereka yang didapati telah diceroboh beberapa bulan yang lepas.

eBay mengatakan yang mana pangkalan data kata laluan mereka telah menjadi mangsa ‘cyberattack’serangan siber, tetapi ia telah disulitkan (encrypted) dan tiada sebarang petanda memperlihatkan akses tanpa izin di eBay buat masa ini.

Pangkalan data yang sama juga dikatakan menyimpan nama pengguna, alamat emel, no telefon, alamat rumah dan juga tarikh lahir. Menurut eBay, info berkenaan kata laluan disimpan secara berasingan dan tidak menjadi mangsa serangan siber buat masa ini.

Apa pun, sebagai langkah berjaga-jaga, pihak eBay meminta para pengguna perkhidmatan mereka untuk mengubah kata laluan untuk akaun mereka di eBay.

Sumber: Ebay / hzqahmd / My News hub

0 comments:

Post a Comment