Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

Mungkin apa yang diterapkan Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran demi kebaikan anak tunggal mereka, Engku Aleesya boleh dicontohi oleh kebanyakan pasangan suami isteri bercerai yang mempunyai anak.

Menurut Erra, demi tanggungjawab terhadap Aleesya, Erra dan Emran boleh bersatu dan bersama untuk anak mereka yang kini berusia lima tahun itu.

Emran juga memuat naik gambar terbaharu mereka di laman Instagramnya menunjukkan mereka sama-sama hadir ke ujian pengambilan pelajar tahun satu untuk Aleesya, semalam.

“Saya faham niat dia (Emran) ingin menunjukkan kami ni sebagai contoh bahawa walaupun kita berpisah, tanggungjawab terhadap anak tetap diutamakan dan kami boleh bersama dan bersatu. Maksudnya di sini, bukan bersatu kembali, tetapi berbaik demi anak”

“Macam baru-baru ini, saya pergi ke sekolah anak bersama dengan dia. Itu yang sepatutnya dipraktikkan oleh insan-insan yang sedang berpisah dan ada anak. Tak semestinya kena berkahwin dan rujuk semula,” katanya.

Sementara itu, Erra ketika memberi respons mengenai gosip dirinya kini sedang dikatakan intim dengan Shahir, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) berkata jejaka itu merupakan kenalan sesama artis dan tidak sepatutnya perkara tersebut dijadikan isu.

“Saya mengakui saya berkawan dengan Shahir, kenapa dipersoalkan? Saya faham situasi kejadian, dia budak baru dan mungkin terkejut bila diterjah dengan soalan sebegitu dan kenyataannya dimanipulasi oleh media,” katanya mengakui ada melamar Shahir untuk berlakon sebuah teater namun masih belum mendapat jawapan muktamad daripada penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu. 

Sumber: Audrey Lee / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment