Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

KUANTAN - Seorang mekanik dihukum penjara selama dua bulan selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mengugut untuk bunuh ibunya menggunakan sebilah parang selain mencekik leher wanita itu dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Pandan dekat sini, 7 April lalu.

Tertuduh, Muhamad Iqbal Elizardi, 23, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu sebelum ini menukar pengakuannya dalam sebutan kes tersebut, semalam di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu merayu supaya hukuman ke atasnya diringankan memandangkan dia sudah meminta maaf dengan ibu serta adik beradik yang lain.

“Mereka sudah memaafkan malah laporan polis yang dibuat ke atas saya sebelum ini juga sudah ditarik balik,” katanya.

Dia yang kini bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan antara RM500 hingga RM1,000 sebulan mendakwa hilang pertimbangan ketika itu sehingga terlupa wanita yang diugut dan dicekik leher itu adalah ibu kandungnya sendiri.

Ketika ditanya mahkamah sama ada dia terlibat dengan dadah atau sebaliknya, tertuduh mengakui dia seorang penagih.

Noor Zaihan menegur perbuatan tertuduh yang keterlaluan terhadap ibu kandung sendiri yang disifatkan satu penderhakaan amat besar.

“Dia ibu kandung kamu yang perlu disayangi dan dihormati bukan dikasari sedemikian rupa.Kamu ada berapa orang ibu? 10 atau bagi kamu seorang ibu itu boleh dibeli di kedai sehingga sanggup mencederakan serta mengugut untuk membunuh ibu sendiri?” tegur Noor Zaihan.

Noor Zaihan berkata, walaupun ibu dan keluarga sudah memaafkan malah wanita itu sanggup menjelaskan jaminan RM3,000 ke atasnya sebelum ini, tertuduh dinasihatkan supaya meminta maaf sekali lagi dan menginsafi atas segala kesalahan dilakukan.

Berdasarkan fakta kes, ibu terbabit (pengadu) bersama tertuduh dan beberapa orang anaknya yang lain berada di rumah.

Kira-kira jam 4.14 petang, 7 April lalu itu, pengadu ternampak tertuduh bertengkar dengan adik beradik lain kerana berebut air teh.

Pengadu memarahi anak lelakinya itu kerana selalu menimbulkan masalah kepada keluarga menyebabkan tertuduh naik angin lalu bertindak mencekik leher  wanita itu.

Dalam kejadian itu, tertuduh turut ugut untuk bunuh ibunya sambil memegang parang.

Susulan kejadian, pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading sehingga membawa kepada penahanan tertuduh dan diserahkan kepada polis pada hari sama.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment