Rodziah menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di balai polis Seksyen 15, semalam. |
SHAH ALAM - Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Selangor, Rodziah Ismail mendakwa sebuah syarikat pembekal di Shah Alam menjaja dan menggunakan namanya bagi kepentingan peribadi serta mengaut keuntungan dengan menipu pelanggan.
Beliau menafikan sekeras-kerasnya penglibatannya atau kerajaan negeri dalam syarikat tersebut yang beroperasi di Ken Rimba, Shah Alam.
“Syarikat ini kononnya membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai dengan gaji yang lumayan, tetapi bila mereka bekerja di sana, tugas hanya mengupas bawang busuk dan tidak mendapat upah seperti yang dijanjikan.
“Saya juga ingin tegaskan kepada orang ramai supaya jangan mudah tertipu dengan konspirasi ini, mereka hanya mahu mengambil kesempatan semata-mata,” katanya selepas merasmikan Success Story anjuran Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMMAR) di seksyen 17, semalam.
Sumber: Sinar Online
0 comments:
Post a Comment