Penyanyi Aizat Amdan, menyedari ada dikalangan peminatnya merungut apabila mendapat tahu yang dia mahu melancarkan album berkonsepkan piring hitam. Ini kerana mereka berpendapat album piring hitam sukar untuk didengari kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai palyer (mesin pemain) piring hitam.
Bagaimanapun Aizat tetap nekad mahu merealisasikan ideanya hinggalah semalam, album ketiganya itu yang diberi judul ‘Legasi’ selamat dilancarkan.
“Sebenarnya ramai juga peminat yang pada awalnya merungut bila dapat tahu saya nak buat konsep album piring hitam. Sebab mereka kata zaman sekarang tak semua orang ada player piring hitam. Jadi ramai yang tak setuju.
“Tapi saya tetap nak teruskan idea ni. Saya minta mereka bertenang. Saya kata, jangan risau kalau mereka tiada player tak mengapa. Sebab sebenarnya mereka masih lagi boleh mendegar lagu-lagu dalam album itu kerana setiap pembelian disertakan sekali dengan USB”, kata Aizat ketika ditemui di Coliseum Cafe, Kuala Lumpur.
Bercerita lanjut megenai ‘Legasi’, penyanyi berusia 25 tahhun ini berkata album ini tambah berakna kerana turut mengabadikan kolaborasinya bersama empat penyanyi hebat yang digambarkan Aizat sebagai antara individu yang menjadi inspirasinya sepanjang berkarya. Barisan penyanyi tersebut ialah Yuna, Noh Salleh, Zee Avi dan Lan (Typewriter).
Ditampilkan bukan dalam bentuk digital sebaliknya ‘Legasi’ berupa piring hitam berserta setbox eksklusif. Album ini adalah album paling lama untuk dihasilkan semenjak Aizat menceburi bidang muzik. Proses pra-produksi bermula sekitar awal taun 2013 manakala rakamannya pula beraya disiapkan pada awal tahun.
Memuatkan empat lagu kolaborasi iaitu ‘Dwihati’ (feat Yuna), ‘We’ll Be Happy’ (feat Zee Avi) ‘Catwalk ke Balai’ (feat Lan) dan ‘In Love With You’ (feat Noh Salleh) serta satu lagu berjudul ‘Baru’ yang mana merupakan lagu ciptaan Aizat bersama abangnya Anas Amdan.
“Idea nak hasilkan dalam bentuk piring itam ni datang apabila saya lihat koleksi-koleksi piring hitam yang dikumpul oleh ayah dan ibu saya. Antara yang paling saya suka ialah piring hitam Uji Rashid untuk album ‘Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu’. Saya suka kulit albumnya sebab unik.
“Jadi dari situ saya terfikir alangkah bermaknanya kalau saya pun ada karya dalam bentuk piring hitam yang saya rasa ia akan dikenang hingga oleh generasi akan datang sampai bila-bila. Selain itu lagu-lagu dalam album ini saya inpirasikan daripada seniman agung Allahhyarham Tan Sri P. Ramlee yang mana pada zaman beliau memang menggunakan piring hitam.
“Saya harap saya menerusi album ‘Legasi’ ini dapat memberi gambaran corak warna muzik peninggalan zaman ini untuk dihayati oleh generasi masa depan”, tuturnya dengan nada teruja.
Bagaimanapun hanya sebanyak 222 unit piring hitam saja yang diedarkan. Ini kerana kos untuk menghasil piring hitam ini menelan belanja yang agak tinggi. Namun peminat boleh mendapatkannya dengan cara membida. Bidaan paling tinggi akan memiliki album yang cukup unik ini.
Tambah istimewa ‘Legasi’ juga dipakejkan di dalam satu kotak hitam eksklusif beserta album gambar berkulit tebal juga disertakan dengan sebuah USB Drive yang memuatkan lagu-lagu ‘Legasi’ di dalam bentuk digital. Kulit album menampilkan hasil tangan yang sangaat unik dan menarik hasil lakaran artis terkenal, Artech.
Selain itu, setiap piring hitam akan mempunyai nombpor siri khas yang akan menjadikan tiap-tiap unit album ini lebih istimewa dan eksklusif. Pembidaan tiap-tiap unit akan bermula apabila sebuah unit piring hitam itu dibida dan akan berlangsung selama 10 hari dari tarikh ia mula dibida. Pembidaan tertinggi selepas tamat tempohh 10 hari akan diiystiharkan sebagai pembida yang berjaya.
“Piring hitam ni dihasilkan di Jerman dan kosnya agak tinggi. Sebab tu kita tidak boleh mengeluarkan dalam unit yang banyak, hanya 222 unit sahaja. Lagipun kita nak buat ia sangat-sangat eksklusif dan memberi impak serta nilai yang lebih berharga juga kepuasan para peminat juga pengumpul piring hitam.
“Peminat boleh dapatkan ‘Legasi’ dengan cara membida. Mulai hari ini (semalam) peminat dah boleh bida bermula dengan harga RM150 menerusi laman web www.legasi.kge.com.my. Saya harap peminat juga pengumpul piring hitam tidak akan memberi sokongan kepada hasil muzik tempatan dan melepaskan peluang untuk mendapatkan album ini”, kata Aizat.
Perkembangan lain, Aizat baru dilantik sebagai duta baru Nescafe untuk perasa Nescafe Latte Caramel. Selain itu dia kini sibuk menghasilkan lagu seorang artis kelahiran program realiti TV ‘Akademi Fantasia’. Bagaimanapun, Aizat enggan mendedahkan nama penyanyi tersebut, buat masa ini.
Sumber: Malaysian Digest
0 comments:
Post a Comment