MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa adalah di antara menteri kabinet yang paling ‘low profile’ yang pernah kita ada.
Walaupun seorang menteri kanan dan dianggap oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri antara menteri paling hebat pengetahuan ekonominya, namun beliau tidak pernah menjadikan ia satu alasan untuk meninggi diri.
Untuk rekod, Tok Pa memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kelas Pertama dari Universiti Melbourne, Australia dan antara pelajar terbaik peringkat Sarjana (Master) sewaktu menuntut di Universiti Boston, Amerika Syarikat
Untuk rekod, dibawah kepimpinan Tok Pa, negara berjaya mencatat pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi sebanyak RM38.8 bilion sepanjang tahun 2013, peningkatan 24 peratus berbanding RM31.1 bilion yang dicapai pada 2012!
Namun Tok Pa tetap Tok Pa…inilah kata orang orang ikut resam padi…makin tunduk makin berisi!
Sumber: My News Hub
0 comments:
Post a Comment