GEORGETOWN: Tindakan calon DAP, Ramkarpal Singh Deo menggunakan sepanduk yang tertera perkataan ‘I Am Karpal Singh’ bagi kempen pilihan rayanya terus dibidas.
Calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk meraih undi simpati di kalangan pengundi di Bukit Gelugor.
“Sepatutnya dia (Ramkarpal) guna perkataan ‘I’m A Son Of Karpal Singh’, bukan perkataan ‘I Am Karpal Singh. Jadi dalam isu ini siapa sebenarnya bertanding?,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berhubung kehilangan kira-kira 330 kain rentang di sekitar kawasan Bukit Gelugor dan Taman Tun Sardon pada malam Khamis.
Mohamed Bux tiba di Balai Polis Bandar Baru Air Itam di sini kira-kira pukul 3 petang dan selesai membuat laporan polis setengah jam kemudian.
Mohamed Bux menunjukkan laporan polis yang dibuatnya. |
Sementara itu, beliau akan bertemu dengan pegawai Suruhan Pilihan Raya (SPR) negeri untuk berbincang mengenai penggunaan jata kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pada Sabtu.
“Sekiranya mereka nasihatkan saya untuk tidak gunakannya, saya akan tarik balik penggunaan jata tersebut di poster, kain rentang dan risalah manifesto saya,” katanya.
Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Bukit Gelugor,Kapten (B) Anuar Yahya menegaskan adalah menjadi satu kesalahan jika calon yang bertanding menggunakan jata kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dalam poster kempen pilihan rayanya.
“Malah bendera sekutu-kutu parti calon yang bertanding juga tidak dibenarkan sama sekali,” kata Anuar.
Sumber: New Malaysian Post
0 comments:
Post a Comment