Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 24, 2014

No Comment

Pelakon drama Juvana, Izreen Azminda menafikan dia melarikan diri daripada pihak media atau cuba mengelak dari menjawab segala kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

Pelakon drama ’7 Suami’ ini memberitahu dia akan menjawab segala persoalan tentang isu tersebut di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 yang akan berlangsung pada malam ini.

“Maaf, saya tak mahu komen mengenai isu tersebut sekarang. Saya bukan mahu lari daripada pihak media namun saya mahu bersikap adil kepada semua.

“Saya akan membuat sidang media pada malam ini dan harap semua faham keadaan saya sekarang,” ujar Izreen ketika ditemui sebentar tadi di Karnival Jom Heboh di Putrajaya.

Terdahulu, Izreen dikatakan bergaduh dengan suaminya, Muhamad Riza di lokasi penggambaran drama ‘Bukan Terpaksa Aku Relakan’ sehingga ada pihak yang memberitahu suaminya telah melafazkan cerai kepada Izreen ketika itu. 

Suami Izreen bagaimanapun menafikan yang dia ada melafazkan cerai waktu itu namun mengakui ada menfailkan perceraian mereka pada 14 Mei lalu.

Sumber: Gua

0 comments:

Post a Comment