Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 24, 2014

No Comment

ARAU – Kontinjen Pulau Pinang meraih pingat emas pertama Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 melalui atlet karate-do mereka, Thomson Hoe dalam acara Kata Individu lelaki di Kolej Matrikulasi Perlis, di sini hari ini.

Hoe, 21, yang berasal dari Georgetown berkata beliau berasa gembira dengan kemenangan pingat emas pertama kontinjennya serta bagi dirinya sendiri yang sebelum ini hanya meraih pingat gangsa pada temasya yang sama pada 2012 di Pahang.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada jurulatih yang telah banyak mengajar saya sehingga berjaya meraih pingat emas pada hari ini. Memang saya mensasarkan pingat emas bagi acara ini hari ini,” katanya.

Hoe mengumpul mata penuh 5-0 menewaskan atlet karate-do Johor, Chun Jet San, manakala tempat ketiga dikongsi bersama oleh Farlin Veroney M. Frederick dan Howart Tan Jia Jie masing-masing dari Sabah dan Perlis.

Hoe yang kali kedua menyertai temasya dwi-tahunan itu berhasrat untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang tersebut sehingga ke peringkat Sukan Komanwel.

Bagi acara Kata Individu Wanita pula, Celine Lee Xin Yi meneruskan rentak kecemerlangan Hoe apabila berjaya meraih pingat emas kedua Pulau Pinang selepas menundukkan atlet Johor, Lim Sin Yi, juga dengan 5-0.

“Ini merupakan emas pertama saya dalam acara kata individu wanita. Sebelum ini saya menang pingat emas dalam acara kata berpasukan di Sukma Pahang,” katanya.

Pingat gangsa dikongsi bersama dua atlet karate-do Wilayah Persekutuan, Shyamala Rubini K. Mutiah, dan Vellenda Agustine.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment