Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 24, 2014

No Comment

TELUK INTAN – Sebanyak 23 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) telah diwujudkan di seluruh Perak bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat (IT) penduduk terutama masyarakat luar bandar.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata terdapat lebih 300 P1M di seluruh negara.

“Untuk Teluk Intan ada satu PI1M yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat berkenaan di Kampung Selabak di sini, hari ini.

Beliau berkata pusat yang diwujudkan itu dapat memudahkan penduduk setempat mendapat akses internet.

“Saya difahamkan Menteri Besar Perak (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) ada menyatakan bahawa kadar penembusan jalur lebar di Perak amat rendah iaitu kira-kira 53 peratus.

“Jadi dengan adanya inisiatif-inisiatif yang diadakan oleh kementerian dan agensi di bawahnya, sedikit sebanyak dapat meningkatkan kadar penembusan jalur lebar ke paras yang lebih tinggi,” kata Jailani.

Selain itu, katanya terdapat sebanyak 200 kampung tanpa wayar di Perak.

Katanya kementerian sentiasa komited untuk meningkatkan kadar capaian jalur lebar di seluruh negara.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment