Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 4, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menggesa supaya sistem udara Malaysia diaudit oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) kononnya bagi melindungi ruang udara Malaysia dengan lebih ketat dan komprehesif.

Beliau mendakwa, kali terakhir audit itu dilaksanakan pada tahun 2005 dan audit itu perlu dilakukan sekali lagi terutama selepas negara berhadapan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MH370).

Dakwanya, cadangan itu wajar memandangkan rakaman radar pasukan keselamatan berhubung misteri kehilangan MH3790 pernah menunjukkan ada kemungkinan sebuah pesawat menyerupai MH370 merentasi Semenanjung Malaysia ke arah barat.

“Persoalannya adalah, jika pesawat tersebut adalah MH370, mengapa ia tidak dikenal pasti lebih awal dan seandainya ia bukan MH370, adakah ia satu kebiasaan pesawat tidak diketahui asal usulnya dengan senang wenang dapat menembusi ruang udara Malaysia.

“Perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana ia melibatkan keselamatan keselamatan negara. Kejadian serangan 9/11 sentiasa terngiang ngiang di ingatan kerana serangan tersebut dilakukan dengan menggunakan jet penerbangan awam,” dakwanya melalui satu kenyataan media semalam.

Justeru, Nurul Izzah mendakwa, kerajaan Malaysia perlu bersedia untuk menjalani satu lagi pengauditan oleh ICAO demi mempertahankan ruang udara serta keselamatan sistem penerbangan di Malaysia.

Beliau turut mendesak agar kerajaan membuat penerbitan umum keputusan audit ICAO itu secepat mungkin dan dibentang dalam Dewan Rakyat.

Dakwanya, ia wajib dilaksana bagi memastikan negara tidak terkesan dengan sebarang kelemahan dan bagi mengenal pasti tindakan serta langkah susulan mempertingkatkan kesiapsiagaan pertahananan udara.

“Kkita wajib melakukan sedaya upaya bagi mengelakkan tragedi MH370 berulang,” dakwanya. - MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment