Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 4, 2014

No Comment

NAMA Kamelia Syermain mungkin masih belum dikenali dalam industri muzik tanahair.

Namun, jika melihat pada gayanya, mungkin ada yang cuba mengaitkan penyanyi baru ini dengan Yuna terutamanya menerusi gaya turbannya.

Artis naungan Seventeen Eleven Music itu bagaimanapun berharap agar tiada siapa yang akan menyamakan dia dengan penyanyi yang sudah mencipta nama di persada antarabangsa itu, memetik mStar Online.

Pada masa yang sama, Kamelia tidak menafikan bahawa Yuna merupakan idolanya dalam industri muzik tempatan.

Mempertaruhkan single ‘Khabar Aku’ sebagai lagu pertamanya, mungkinkah ada tuah buat Kamelia dalam dunia hiburan tanahair?

Sama-sama kita tunggu dan lihat…


Oleh: Elza / SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment