Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah melantik `orang tengah’ bagi memudahkan urusan permohonan pekerja asing di negara ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mohamad Khalid Shariff berkata, permohonan pekerja asing di Malaysia perlu diuruskan secara terus oleh pihak majikan.

Justeru, katanya, KDN memandang serius tentang kewujudan sindiket atau ejen menawarkan permohonan pekerja asing kepada pihak majikan.

“Jika ada pihak yang mengaku sebagai agen atau wakil KDN, maka ia adalah tidak benar,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Khalid berkata, KDN tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kegiatan itu.

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment