KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengadakan kutipan cukai `dari pintu ke pintu’ pada akhir bulan ini.
MPK dalam satu kenyataan media memberitahu, langkah itu bagi memastikan orang ramai menjelaskan cukai taksiran mereka.
“Cukai terlibat merangkumi kutipan cukai semasa dan juga cukai tunggakan,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, tindakan akan dikenakan jika mereka gagal membayar cukai tersebut dibawah Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan.
MPK turut memaklumkan akan menggiatkan penguatkuasaan ke atas pemilik harta bertingkat (strata).
Jelas kenyataan itu, penguatkuasaan itu dilakuakn dengan kerjasama Badan Pengurusan Bersama.
“Bagi memudahkan orang ramai, MPK akan memastikan pemilik harta menerima Bil Cukai Taksiran Penggal 2/2004 mulai 26 Mei 2014,” kata kenyataan itu.
Sumber: My News Hub
0 comments:
Post a Comment