Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 3, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berharap Kelantan mampu menjadi peneraju dalam industri halal di Malaysia berikutan majoriti penduduknya beragama Islam.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau ingin melihat Kelantan mendahului negeri lain dalam industri halal di Malaysia.

“Kita tahu yang Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang majoritinya beragama Islam dan sekarang banyak industri halal adalah di Kuala Lumpur.

“Oleh itu, banyak perkara yang perlu dilakukan bagi membolehkan Kelantan menjadi negeri yang hebat dalam industri halal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Halal Global 2014 yang bertemakan “Mengukuhkan Kelebihan Kompetitif Amalan Halal bagi Cabaran Global” di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa, Timbalan Presiden (Pembangunan) Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) Dr Abd Malik Musharaf dan Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan Prof Madya, Datuk Dr Hilmi Abd Rahman.

Persidangan dua hari itu yang bermula hari ini anjuran UiTM cawangan Kelantan dengan kerjasama MITI diadakan bagi membincangkan kertas akademik berkaitan industi halal global.

“Industri halal ini merupakan agenda nasional dan kita akan bekerjasama dengan semua pihak untuk memajukan sektor ini, kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan merupakan idea yang baik,” kata Mustapa.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pelbagai usaha kini sedang giat di lakukan bagi menarik pelabur ke Kelantan.

“Kita sentiasa berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk mempromosikan Kelantan dan pada minggu lepas kami telah membawa para pelabur dari Singapura ke Kelantan.

“Yang terbaru kita bawa para pelabur dari Korea Selatan bersama beberapa syarikat besarnya ke sini dan kita akan memberi pendedahan kepada mereka demi faedah negeri Kelantan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya bercadang untuk membawa duta negara-negara Asean melawat Kelantan bagi memberi pendedahan mengenai rakyat dan negeri ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment