Seorang penuntut University of California Santa Barbara, Elliot Rodger nekad membuat tembakan rambang di universiti pengajiannya sehingga menyebabkan enam penuntut wanita terbunuh, baru-baru ini.
Menurut video yang dikongsikannya dalam laman Youtube beberapa jam sebelum insiden itu berlaku, Rodger bertekad akan mengambil nyawa mereka disebabkan keengganan wanita-wanita tersebut menjalinkan hubungan seks dengannya selain menyisihkan dirinya.
Malah menerusi video itu juga, Rodger menceritakan kisah hidupnya yang tidak pernah diminati wanita walaupun dia mempunyai segala-galanya dari segi paras rupa kacak dan kemewahan harta benda malah mengakui masih teruna walaupun usianya sudah mencecah 22 tahun.
Rodger merupakan anak kepada penolong pengarah filem The Hunger Games, Peter Rodger manakala ibunya merupakan seorang rakyat Malaysia kelahiran Pulau Pinang yang sudah lama berhijrah ke Amerika, Lichin Rodger.
Selepas melakukan tembakan, Rodger telah menembak dirinya sendiri di bahagian kepala, dalam kereta mewahnya miliknya.
Ibu bapa Elliot yang masih lagi terkejut dengan tindakan nekad anak mereka.
Sumber: Audrey Lee / My News Hub
0 comments:
Post a Comment