Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 27, 2014

No Comment

BATU PAHAT – Pembangunan ekonomi dan sosial semasa memerlukan peningkatan keupayaan polis bagi membolehkan perkhidmatan itu berhadapan dengan persekitaran yang lebih kompleks, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Selasa.

Timbalan perdana menteri berkata pasukan polis perlu diberikan prasarana yang terbaik bagi membolehkannya berada di tahap selari dengan pembangunan negara.

“Kelengkapan logistik dan prasarana yang terkini merupakan satu keperluan dalam melahirkan perkhidmatan polis berkelas dunia,” katanya pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat bernilai RM61 juta di sini hari ini.

Perkhidmatan polis, katanya, tidak boleh ketinggalan kerana persekitaran dunia ketika ini begitu dinamik dalam serba serbi menyentuh pelbagai fenomena sosial dan penjenayahan.

Muhyiddin juga meminta pemimpin-pemimpin Polis Diraja Malaysia menitikberatkan aspek keilmuan dan kepakaran menerusi pengkayaan pengalaman.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment