Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 3, 2014

No Comment

Mengenai pertukaran isyarat antara pihak di bumi dan pesawat berkenaan sejurus selepas Pengawal Trafik Udara Ho Chi Minh menyatakan hubungan radio tidak dapat dibuat dengan MH370, MAS memperjelas bahawa apa yang dimaksudkan sebagai isyarat itu sebenarnya adalah pesawat udara yang terpamer pada skrin ‘Flight Following System’.

“Ini berdasarkan unjuran pesawat berkenaan ketika itu, bukan kedudukan sebenar pesawat,” demikian menurut kenyataan MAS yang turut menegaskan bahawa maklumat itu terkandung dalam Laporan Awal MH370 semalam.

Kenyataan itu menyebut apabila Penyelia Pengawasan Pusat Kawalan Udara Kuala Lumpur (KL-ATCC) bertanya tentang status MH370, Malaysia Airlines OPS memaklumkan bahawa pesawat itu masih dapat dilihat di ruang udara Kemboja dalam Flight Following System.

Katanya, perkataan ‘Cambodia’ dipamer oleh Flight-Following System pada skrin apabila zum masuk dilakukan dan ini mendorong Malaysia Airlines beranggapan pesawat itu sedang terbang di ruang udara Kemboja.

Flight Following System tidak mempamer perkataan ‘Vietnam’ walaupun pesawat itu berada di ruang udara negara berkenaan.

Menurut kenyataan itu, tanggungjawab memantau pengesanan pesawat terletak di bahu Pusat Kawalan Trafik Udara.

“Bagi syarikat penerbangan, menggunakan Flight Following System untuk membantu juruterbang mengendalikan pesawat dalam keadaan cuaca tertentu atau untuk membuat lencongan adalah perkara biasa. Sistem ini tidak bersifat primer dan bukan juga bersifat pengawalan positif.

“Flight Following System juga tidak memaklumkan kepada syarikat penerbangan tentang sesuatu keadaan tidak normal. Perkara itu perlu dilakukan oleh juruterbang.

Melainkan sebaliknya, pusat kawalan operasi syarikat penerbangan akan terus menganggap sesebuah pesawat terbang di laluan normalnya berdasarkan kedudukan yang diunjur atau diramal,” katanya.

Kenyataan itu menyebut untuk memastikan Flight Following Systems berfungsi dengan baik dan berkesan, ia perlu mampu memaparkan visual kedudukan sesebuah pesawat berserta pengesahan komunikasi udara ke bumi seperti melalui Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) atau Satcomm atau VHF atau HF.

“Dalam kes mengesan MH370, Flight Following System MAS menunjukkan pesawat berkenaan sedang terbang walaupun tidak terdapat komunikasi dari atau dengan juruterbangnya.

“MAS OPS cuba berkomunikasi dengan MH370 selepas kami diminta berbuat demikian oleh KL-ATCC namun gagal,” demikian menurut kenyataan itu. Menyentuh senarai kargo, MAS memperjelas kira-kira dua tan, bersamaan dengan 2,453 kilogram kargo, diisytihar sebagai ‘consolidated under one (1) Master Airway Bill (AWB).

“Master AWB ini sebenarnya mengandungi 5 house AWB. Daripada 5 AWB ini, dua house AWB mengandungi bateri litium ion dengan jumlah berat 221 kilogram.

“Baki 3 house AWB lagi, seberat 2,232 kilogram, diisytihar sebagai aksesori radio dan alat pengecas,” kata kenyataan itu.

Pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac, hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di atas Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Usaha mencari MH370, yang membabitkan pelbagai negara, dilancar pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila pesawat itu didapati melencong daripada laluan asal.

Hari ini adalah hari ke-56 pesawat itu hilang dan operasi mencarinya sudah berlangsung selama tujuh minggu.

– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment