Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara Datuk Nicol David maju setapak lagi untuk memburu kejuaraan Terbuka Britain buat kali kelima apabila melangkah ke suku akhir di Arena Sports, Universiti Hull, England.

Pada pusingan kedua awal hari ini, Nicol mengambil masa 40 minit untuk mengalahkan pemain tuan rumah dan pilihan ke-16, Sarah-Jane Perry, 11-6, 13-11 dan 11-4.

Pada peringkat suku akhir esok, Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, akan bertemu dengan Omneya Abdel Kawy.

Pemain Mesir itu mencipta kejutan besar pada pusingan kedua apabila menyingkirkan pemain pilihan keenam, Camille Serme dari Perancis, dengan keputusan 8-11, 9-11, 11-6, 11-9 dan 13-11.

“Gembira untuk menang 3-0 selepas saingan sengit dengan Sarah-Jane,” kata Nicol, 30, dalam mesej twitternya.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu memenangi kejuaraan Terbuka Britain pada 2005, 2006, 2008 dan 2012.

Dalam pada itu, seorang lagi pemain negara, Low Wee Wern akan menentang pemain England, Sarah Kippax pada saingan suku akhir, lewat hari ini.

Sarah terpaksa berhempas pulas selama 84 minit untuk menempah slot suku akhir apabila mengalahkan pemain Guyana, Nicolette Fernandes dengan keputusan  15-17, 11-7, 13-15, 11-3 dan 12-10.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment