Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 7, 2014

No Comment
Nomad akui yakin dengan percaturan yang dibuat pihak pengurusannya.
PETALING JAYA: Penyanyi baharu Nomad mendedahkan dia masih gagal mengawal rasa gemuruh ketika membuat persembahan pentas sehingga ia mengganggu tumpuannya untuk bergelar penyanyi.

Nomad atau nama sebenarnya, Nur Mohd Alieef Ayub, 25, berkata, kesan rasa gemuruh dan debaran itu membuatkan dia sukar bernafas dan tidak boleh menyampaikan lagu dengan baik.

"Saya masih belum pandai untuk mengawal rasa gemuruh ketika di atas pentas besar terutamanya dalam sesevuah pertandingan.

"Rasa gemuruh dan takut membuatkan saya sukar untuk bernafas dengan baik sehingga akhirnya menganggu nyanyian saya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nomad yang popular dengan lagu Tetap Menantimu  juga mengaku sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan dan kontroversi menjadi seorang  selebriti.

Setakat ini dia pernah dikritik dan dikatakan tidak mampu menyanyi dengan baik oleh peminat menerusi laman sosial.

Nomad bersyukur masih ramai yang
menyokongnya sebagai penyanyi.
"Di laman sosial ramai yang bagi komen dan kritikan yang teruk juga. Ada yang komen saya tidak boleh menyanyi dan nyanyian bukan bidang saya.

"Tapi saya anggap ia sebagai pembakar semangat dan saya masih berusaha memperbaiki diri menjadi penyanyi lebih baik," katanya.

Bagaimanapun dia bersyukur ramai pengikut dan peminatnya yang tetap memberi sokongan untuk dia terus berada dalam bidang ini.

Sementara itu, Nomad berkata, dia kini sudah keluar dengan single kedua berjudul Sebuah Janji.

Biarpun mengakui tidak terlalu mengemari lagu tersebut, namun dia percaya percaturan yang dibuat oleh pihak pengurusannya iaitu Indigital Sdn Bhd adalah yang terbaik buatnya.

"Single kedua saya agak rancak dan berbeza berbanding single pertama. Pada awalnya saya agak kurang gemar kerana saya lebih suka lagu genre balada.

"Sebagai orang baru dan tidak tahu tentang industri muzik ini, saya hanya mengikut sahaja apa rancangan pihak pengurusan saya," katanya. - mStar

0 comments:

Post a Comment